Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) adalah bertujuan untuk membolehkan ahli KWSP membuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun bagi membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.
Permohonan awal ini membolehkan ahli mengambil kira simpanan yang ada dalam Akaun 2 untuk mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan di mana bayaran pengeluaran hanya akan dibuat kepada pihak institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur 50 tahun hingga 55 tahun tertakluk kepada pilihan umur pengeluaran ahli.
Pada masa yang sama, ahli perlu membayar ansuran bulanan sepertimana yang ditetapkan oleh institusi perbankan.
Setelah permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun diluluskan oleh KWSP, maka:
Amaun kelayakan Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun adalah berdasarkan amaun simpanan dalam Akaun 2 yang ditolak dengan sebarang amaun pengeluaran yang belum diluluskan (jika ada) seperti Pengeluaran Pendidikan, Kesihatan dan sebagainya.
Ilustrasi kelayakan pengeluaran adalah seperti di bawah:
Ahmad | Rita | Sara | |
---|---|---|---|
Baki simpanan Akaun 2 | RM70,000 | RM3,000 | RM7,500 |
Amaun permohonan pengeluaran pra-persaraan yang belum diluluskan | RM10,000 | Tiada | RM5,500 |
Amaun kelayakan awal |
RM50,000
Had maksimum pembiayaan adalah RM50,000 |
RM3,000 |
RM 0
Tidak layak kerana tidak menepati syarat minimum amaun RM3,000 |
Nota: Amaun sebenar bagi Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun adalah berdasarkan kepada amaun pembiayaan peribadi yang diluluskan oleh institusi perbankan.
Cara membuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun adalah seperti berikut:
Ahli boleh membuat permohonan bermula 7 April 2023, tertakluk kepada ketersediaan institusi perbankan yang mengambil bahagian.
Ahli boleh menyemak jumlah simpanan Akaun 2 melalui:
Apabila ahli telah mencapai umur 50 tahun, ahli masih boleh membuat Pengeluaran Umur 50 Tahun, tertakluk kepada baki simpanan dalam Akaun 2.
Ahli yang telah membuat Pengeluaran Umur 50 Tahun masih layak untuk membuat Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun, tertakluk kepada amaun simpanan dalam Akaun 2 dan syarat-syarat lain seperti yang dinyatakan dalam Soalan 3.
Buat permulaan, institusi perbankan yang mengambil bahagian adalah seperti berikut:
Permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun tidak diluluskan kerana:
Ahli akan menerima notis makluman mengenai status permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun daripada KWSP melalui Secured Inbox i-Akaun (Ahli) (lulus atau tidak lulus).
Ahli tidak boleh membatalkan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun setelah diluluskan oleh KWSP.
Permohonan yang telah diluluskan oleh KWSP hanya terbatal dalam keadaan seperti berikut:
Ahli tidak digalakkan untuk membuat lebih daripada satu permohonan pembiayaan peribadi. Sekiranya terdapat lebih daripada satu permohonan, KWSP hanya akan meluluskan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun yang pertama diterima daripada ahli.
Jika ahli meninggal dunia sebelum mencapai umur pilihan pengeluaran yang dinyatakan dalam permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun, maka permohonan pengeluaran bersyarat tersebut adalah terbatal. Oleh itu, semua simpanan ahli yang meninggal dunia akan diagihkan kepada waris/penama mengikut polisi Pengeluaran Kematian dan Penamaan KWSP sedia ada.
Apabila permohonan pengeluaran penuh diluluskan oleh KWSP, KWSP akan membayar jumlah amaun pengeluaran bagi Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun dan dividen terkumpul ke dalam akaun ahli di institusi perbankan berkenaan.
Ahli bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada KWSP berhubung penyelesaian penuh pembiayaan peribadi yang telah dibuat.
Apabila KWSP menerima makluman tersebut, maka Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun tersebut adalah terbatal.
Sekiranya KWSP tidak menerima sebarang makluman daripada ahli, amaun pengeluaran bagi Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun berserta dividen terkumpul akan dibayar ke akaun ahli di institusi perbankan pada umur pilihan Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau pada umur 55 tahun.
Ahli boleh berhubung terus dengan institusi perbankan yang berkenaan bagi mengetahui tentang ciri-ciri produk yang ditawarkan. Ahli perlu memahami terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan.
Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun adalah tertakluk kepada simpanan ahli dalam Akaun 2. Namun, memandangkan ahli akan membuat pembiayaan peribadi dengan institusi perbankan, maka ahli yang diisytiharkan bankrap oleh Jabatan Insolvensi Malaysia hendaklah merujuk kepada institusi perbankan yang terlibat untuk maklumat lanjut.