Fasiliti Sokongan Akaun 2

Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) adalah bertujuan untuk membolehkan ahli KWSP membuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun bagi membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

Daftar dan aktifkan i-Akaun di Self Service Terminal (SST) di cawangan KWSP berdekatan bagi membolehkan anda menerima nombor Transaction Authorisation Code (TAC) bagi tujuan semakan kelayakan.


Soalan Lazim

Konsep Asas

Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) adalah bertujuan untuk membolehkan ahli KWSP membuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun bagi membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

Permohonan awal ini membolehkan ahli mengambil kira simpanan yang ada dalam Akaun 2 untuk mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan di mana bayaran pengeluaran hanya akan dibuat kepada pihak institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur 50 tahun hingga 55 tahun tertakluk kepada pilihan umur pengeluaran ahli.

Pada masa yang sama, ahli perlu membayar ansuran bulanan sepertimana yang ditetapkan oleh institusi perbankan.

  1. Terbuka kepada ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 tahun (tertakluk kepada syarat umur kelayakan yang ditetapkan oleh institusi perbankan yang berkenaan)
  2. Warganegara Malaysia
  3. Permohonan adalah sekali sahaja
  4. Permohonan yang telah lulus tidak boleh dibatalkan
  5. Amaun simpanan minimum RM3,000 dalam Akaun 2 KWSP
  6. Amaun maksimum bagi pengeluaran bersyarat tidak melebihi RM50,000 dalam Akaun 2 (tertakluk kepada amaun pembiayaan peribadi yang diluluskan oleh institusi perbankan)
Nota: Ahli hendaklah membuat penilaian kesedaran dan kefahaman mengenai Fasiliti Sokongan Akaun 2 dengan institusi perbankan sebelum ahli membuat keputusan sama ada perlu meneruskan permohonan pembiayaan peribadi atau sebaliknya. Selain itu, dalam tempoh pembiayaan tersebut, ahli boleh mendapatkan nasihat kewangan secara terus daripada Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP, AKPK atau perunding kewangan bank, jika perlu.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui institusi perbankan yang mengambil bahagian. Terdapat 3 langkah utama yang perlu dilakukan oleh ahli:
  1. Langkah 1: Membuat semakan awal kelayakan simpanan Akaun 2 KWSP melalui portal institusi perbankan yang mengambil bahagian.
  2. Langkah 2: Membuat permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan.
  3. Langkah 3: Mengemukakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun dengan KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan.

Setelah permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun diluluskan oleh KWSP, maka:

  1. Amaun pengeluaran tersebut berserta dividen terkumpul akan dibayar ke akaun ahli di institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur pilihan pengeluaran di antara umur 50 tahun hingga umur 55 tahun; dan
  2. Ahli boleh membuat pengeluaran pra-persaraan lain tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2 selepas ditolak amaun Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun.

Amaun Kelayakan

Amaun kelayakan Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun adalah berdasarkan amaun simpanan dalam Akaun 2 yang ditolak dengan sebarang amaun pengeluaran yang belum diluluskan (jika ada) seperti Pengeluaran Pendidikan, Kesihatan dan sebagainya.

Ilustrasi kelayakan pengeluaran adalah seperti di bawah:

Ahmad Rita Sara
Baki simpanan Akaun 2 RM70,000 RM3,000 RM7,500
Amaun permohonan pengeluaran pra-persaraan yang belum diluluskan RM10,000 Tiada RM5,500
Amaun kelayakan awal RM50,000
Had maksimum pembiayaan adalah RM50,000
RM3,000 RM 0
Tidak layak kerana tidak menepati syarat minimum amaun RM3,000

Nota: Amaun sebenar bagi Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun adalah berdasarkan kepada amaun pembiayaan peribadi yang diluluskan oleh institusi perbankan.


Permohonan

Cara membuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun adalah seperti berikut:

  1. Ahli perlu mendaftar atau mengemaskini nombor telefon bimbit bagi tujuan penghantaran Transaction Authorisation Code (TAC) oleh KWSP bagi mengesahkan identiti ketika melakukan transaksi.
  2. Permohonan adalah secara dalam talian melalui portal institusi perbankan yang mengambil bahagian.

Ahli boleh membuat permohonan bermula 7 April 2023, tertakluk kepada ketersediaan institusi perbankan yang mengambil bahagian.

Ahli boleh menyemak jumlah simpanan Akaun 2 melalui:

  1. i-Akaun (Ahli) / Aplikasi mudah alih i-Akaun; atau
  2. Self-Service Terminal (SST) di mana-mana cawangan KWSP

Apabila ahli telah mencapai umur 50 tahun, ahli masih boleh membuat Pengeluaran Umur 50 Tahun, tertakluk kepada baki simpanan dalam Akaun 2.

Ahli yang telah membuat Pengeluaran Umur 50 Tahun masih layak untuk membuat Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun, tertakluk kepada amaun simpanan dalam Akaun 2 dan syarat-syarat lain seperti yang dinyatakan dalam Soalan 3.

Buat permulaan, institusi perbankan yang mengambil bahagian adalah seperti berikut:

  1. MBSB Bank Bhd
  2. Bank Simpanan Nasional (BSN)
  3. CIMB Bank Bhd
  4. Maybank Bhd
  5. Bank Muamalat (M) Bhd

Permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun tidak diluluskan kerana:

  1. Baki simpanan dalam Akaun 2 adalah kurang daripada amaun pembiayaan peribadi yang diluluskan oleh institusi perbankan;
  2. Pembiayaan peribadi tidak diluluskan oleh institusi perbankan.

Ahli akan menerima notis makluman mengenai status permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun daripada KWSP melalui Secured Inbox i-Akaun (Ahli) (lulus atau tidak lulus).

Ahli tidak boleh membatalkan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun setelah diluluskan oleh KWSP.

Permohonan yang telah diluluskan oleh KWSP hanya terbatal dalam keadaan seperti berikut:

  1. Ahli meninggal dunia sebelum mencapai umur pilihan pengeluaran yang dinyatakan dalam permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun; atau
  2. Ahli telah menyelesaikan sepenuhnya amaun pembiayaan peribadi dengan institusi perbankan. Ahli bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada KWSP mengenai penyelesaian pembiayaan peribadi tersebut.

Senario

Ahli tidak digalakkan untuk membuat lebih daripada satu permohonan pembiayaan peribadi. Sekiranya terdapat lebih daripada satu permohonan, KWSP hanya akan meluluskan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun yang pertama diterima daripada ahli.

Jika ahli meninggal dunia sebelum mencapai umur pilihan pengeluaran yang dinyatakan dalam permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun, maka permohonan pengeluaran bersyarat tersebut adalah terbatal. Oleh itu, semua simpanan ahli yang meninggal dunia akan diagihkan kepada waris/penama mengikut polisi Pengeluaran Kematian dan Penamaan KWSP sedia ada.

Apabila permohonan pengeluaran penuh diluluskan oleh KWSP, KWSP akan membayar jumlah amaun pengeluaran bagi Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun dan dividen terkumpul ke dalam akaun ahli di institusi perbankan berkenaan.

Ahli bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada KWSP berhubung penyelesaian penuh pembiayaan peribadi yang telah dibuat.

Apabila KWSP menerima makluman tersebut, maka Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun tersebut adalah terbatal.

Sekiranya KWSP tidak menerima sebarang makluman daripada ahli, amaun pengeluaran bagi Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun berserta dividen terkumpul akan dibayar ke akaun ahli di institusi perbankan pada umur pilihan Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau pada umur 55 tahun.


Lain-Lain

Ahli boleh berhubung terus dengan institusi perbankan yang berkenaan bagi mengetahui tentang ciri-ciri produk yang ditawarkan. Ahli perlu memahami terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan.

Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun adalah tertakluk kepada simpanan ahli dalam Akaun 2. Namun, memandangkan ahli akan membuat pembiayaan peribadi dengan institusi perbankan, maka ahli yang diisytiharkan bankrap oleh Jabatan Insolvensi Malaysia hendaklah merujuk kepada institusi perbankan yang terlibat untuk maklumat lanjut.


Institusi Perbankan


Semak Kelayakan

Sila log masuk ke laman web i-Akaun untuk mengetahui kelayakan Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun anda